Pilih Bahasa

Tentang Kami

0 comments
PERUTUSAN ADMIN

Assalamualaikum warahamatullahhiwabarakatuh. Salam sejahtera buat semua. Alhamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah Subahanahuwataala kerana dengan limpah kurnianya saya diberi kelebihan untuk menulis dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang telah dikurniakanNya kepada saya.

Sebelum pergi lebih lanjut, biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Rabanyah Binti Mansor dan berkepakaran tinggi dalam menyelesaikan masalah 'ketegangan emosi' yang boleh menyebabkan individu tertekan dengan memberi perkhidmatan Terapi SPA Professional. Dengan kepakaran dan pengalaman saya, saya boleh membantu individu untuk membantu melancarkan perjalanan darah, tubuh pun menjadi segar bugar dan bercahaya.

Saya merupakan Pakar Terapi SPA Professional dan berpengalaman lebih tiga tahun dalam memberi perkhidmatan dan khidmat nasihat berkaitan Terapi SPA. Saya kini menjalankan perniagaan khidmat terapi SPA di Kuala Kangsar, Perak.


PROFAIL SYARIKAT

MUSLIMAH RM SPA BUTIK adalah sebuah Syarikat milikkan tunggal penuh. Kami merupakan sebuah pusat kecantikan (one stop centre) yang mana membekalkan segala jenis produk terkini di pasaran dan juga memberikan perkhidmatan merawat  kulit wajah, rawatan resdung dan rawatan  badan serta lain-lain yang berkaitan dengan kecantikan luaran dan kesihatan dalaman.

Kami merupakan stokis negeri kepada produk  kecantikan dan kesihatan Zarraz Paramedical. Selain itu kami juga menganjurkan Seminar & Kursus Jangka Pendek yang ditadbir oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan bertauliah.

Selain itu, kami juga merupakan pengedar barangan kecantikan dan kesihatan seperti Bio Velocity sleep mate, sabun , mandian dan ubat gigi Marine Essence, Maharani, Tabita skin care, Minyak angin keluaran Amya Enterprise, Premium Beautiful, BBPlus kolagen. Kepada semua pelanggan yang ingin membeli produk kecantikan dan kesihatan serta mendapatkan rawatan kecantikan di salun kami, nikmatilah potongan harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang terbaik di spa kami.

Terima Kasih,
Ikhlas
Admin MuslimahRMspa.com.my

Post a Comment