• Alam Semulajadi

    Sirih dan Mengkudu

    Kedua-dua flora ini memiliki daya mematikan kuman, antioksida dan funges, serta anti pengeringan kulit

  • Mandian Bunga

    Aura Bunga

    Mandian warna-warni bunga dapat membantu memulihkan aura seseorang disamping menaikkan lagi seri wajah.

  • Terapi Fizikal

    Urutan Badan

    Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Kaedah urutan juga dapat meningkatkan tahap kecerdasan tubuh badan.

  • Mandi Sauna

    Penghabaan Badan

    Mengendurkan otot yang tegang dan menghilangkan stress serta migraine. Rawatan melalui mandi wap herba semulajadi dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

  • Relaksi Minda

    Menurunkan Stress

    Teknik-teknik relaksasi seperti yoga, meditasi atau mendengar muzik dapat membantu seseorang menurunkan tahap stress.

  • Spa Terapi

    Hubungi Kami

    Kami sangat komited dalam memberi perkhidmatan dan produk terbaik untuk anda. Hubungi kami untuk perkhidmatan SPA terbaik.

Pilih Bahasa

Tentang Kami

0 comments
PERUTUSAN ADMIN

Assalamualaikum warahamatullahhiwabarakatuh. Salam sejahtera buat semua. Alhamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah Subahanahuwataala kerana dengan limpah kurnianya saya diberi kelebihan untuk menulis dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang telah dikurniakanNya kepada saya.

Sebelum pergi lebih lanjut, biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Rabanyah Binti Mansor dan berkepakaran tinggi dalam menyelesaikan masalah 'ketegangan emosi' yang boleh menyebabkan individu tertekan dengan memberi perkhidmatan Terapi SPA Professional. Dengan kepakaran dan pengalaman saya, saya boleh membantu individu untuk membantu melancarkan perjalanan darah, tubuh pun menjadi segar bugar dan bercahaya.

Saya merupakan Pakar Terapi SPA Professional dan berpengalaman lebih tiga tahun dalam memberi perkhidmatan dan khidmat nasihat berkaitan Terapi SPA. Saya kini menjalankan perniagaan khidmat terapi SPA di Kuala Kangsar, Perak.


PROFAIL SYARIKAT

MUSLIMAH RM SPA BUTIK adalah sebuah Syarikat milikkan tunggal penuh. Kami merupakan sebuah pusat kecantikan (one stop centre) yang mana membekalkan segala jenis produk terkini di pasaran dan juga memberikan perkhidmatan merawat  kulit wajah, rawatan resdung dan rawatan  badan serta lain-lain yang berkaitan dengan kecantikan luaran dan kesihatan dalaman.

Kami merupakan stokis negeri kepada produk  kecantikan dan kesihatan Zarraz Paramedical. Selain itu kami juga menganjurkan Seminar & Kursus Jangka Pendek yang ditadbir oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan bertauliah.

Selain itu, kami juga merupakan pengedar barangan kecantikan dan kesihatan seperti Bio Velocity sleep mate, sabun , mandian dan ubat gigi Marine Essence, Maharani, Tabita skin care, Minyak angin keluaran Amya Enterprise, Premium Beautiful, BBPlus kolagen. Kepada semua pelanggan yang ingin membeli produk kecantikan dan kesihatan serta mendapatkan rawatan kecantikan di salun kami, nikmatilah potongan harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang terbaik di spa kami.

Terima Kasih,
Ikhlas
Admin MuslimahRMspa.com.my


Read more

Perkhidmatan SPA

0 comments

Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang boleh anda dapati di Muslimah RM Spa Butik. Kami menyediakan pekerja yang mahir dan berkebolehan dalam setiap bidang tersebut.

Facial 
1. Normal Facial
2. Normal Facial & Herbal Resdung
3. MAC Facial Treatment
4.Full Facial Treatment
5.RM Signature Facial Treatment

Urutan
1. Urutan Tradisional
2. Urutan Aromaterapi
3. Urutan RM Signature

Sauna
1. Sauna
2. Sauna Herba
3. Sauna RM Signature

Mandian
1. Mandi Susu
2. Mandi Bunga
3. Mandi Garam
4. Mandian RM Signature

Lulur / Penjagaan Tangan dan Kaki
1. Jari Jemari spa
2.Jemari Kaki spa
3.Jemari Jari Tangan dan Kaki spa RM Signature

Detox


Read more

RAHSIA MANIS

0 comments


Read more

Kebaikan SPA

0 comments




KEBAIKAN RAWATAN SPA
Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydrotherapy), terapi panas (thermotherapy), terapi elektrik (electrotherapy), terapi urutan, refleksologi, terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan, meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama. Bergantung kepada keperluan dan tubuh pengunjung individu, semua kaedah rawatan di spa dapat memberikan kesan positif jika dilakukan dengan cara yang betul.

Spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.



MEMPERBETUL TANGGAPAN MASYARAKAT TENTANG SPA Tindakan segelintir pengusaha spa yang menyalahgunakan premis untuk tujuan tidak bermoral membuatkan ramai di kalangan masyarakat memandang serong terhadap industri ini.

Sebagai usaha memasarkan spa tempatan supaya setanding dengan spa di peringkat antarabangsa, ada segelintir pengusaha yang mengeksploitasi wanita dengan menampilkan mereka dalam imej kurang sopan, memakai pakaian menjolok mata serta menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tidak bermoral.

Menurut William Ng, pengerusi penganjur Festival Spa dan Kesejahteraan Asia 2007, masyarakat perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan "spa" dalam erti kata yang sebenar.

"Yang penting kita perlu bezakan apakah yang dimaksudkan dengan spa, jangan kita longgokkan industri spa ini dengan kegiatan maksiat."

"Spa adalah industri yang bertaraf antarabangsa, ramai pengusaha spa telah melabur berjuta-juta ringgit untuk membuka spa bertaraf antarabangsa, dan perkhidmatan yang disediakan adalah rawatan kesihatan seperti urutan tradisional kecantikan dan sebagainya," kata beliau.

SUMBER: Bernama



Read more